APA ITU ASTAXANTHIN ?
Astaxanthin dihasilkan dari microalga Haematococcus Pluvialis.
Astaxanthin 550 kali Iebih baik berbanding vitamin E untuk
menghapuskan radikal bebas dalam sel-sel. Astaxanthin juga
dapat mengelakkan kerosakan DNA, melambatkan kesan penuaan,
anti kanser, anti diabetik dan banyak lagi kebaikan-kebaikan
yang sedang dikaji oleh bio-saintis seluruh dunia.
Karotenoid ialah salah satu pigmen yang dihasilkan oleh keadaan
semulajadi dunia. Ia adalah pigmen lipid-larut yang dihasilkan
daripada warna kuning, oren dan merah seperti warna oren lobak
merah, warna merah tomato dan jagung yang berwarna kuning.
Kebanyakan karetenoid terkumpul di dalam daun tumbuhan, plankton
dan alga.
Setakat ni terdapat lebih kurang 650 jenis karotenoid semulajadi
yang telah dikenalpasti. Ia boleh dibahagikan secara umumnya
kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan karotenoid dan kumpulan xanthophylls.
Beta karoten adalah 'wakil' kumpulan karoten yang memberi
faedah kepada kesihatan.
Pada tahun 1930, beta-karoten dikenalpasti berupaya bertindak
sebagai provitamin A (proses menukar sebahagian beta-karoten
kepada vitamin A di dalam badan manusia). Beta-karoten telah
disahkan sebagai anti oksida yang kuat pada tahun 1980.
Dalam karotenoid jenis xanthophylls pula, astaxanthin
adalah yang paling baik dan berkesan. Sumber terbaik astaxanthin
adalah daripada microalga Haematococcus Pluvialis.
Menyedari kehebatannya, formula Dr. Azimuth menggunakan astaxanthin
dari sumber ini. Ianya halal, bersih dan diproses secara
saintifik, di bawah jenama Dr. Azimuth "Astaxa
Bioessence".
Astaxanthin berkesan menentang radikat bebas oksigen singlet
dan Iipoperaoxide dalam sel badan manusia.
Astaxanthin kini diketahui mempunyai keupayaan yang tinggi
untuk menghalang tindakbalas radikal bebas oksidasi oksigen
singlet yang amat bertoksid kepada sel manusia. Penggunaan
astaxanthin boleh menghalang penghasilan Iipoperaoxide yang
boleh memudaratkan tisu badan.
Astaxanthin mempunyai kesan anti oksida yang paling hebat
jika dibandingkan dengan vitamin E atau kumpulan beta karoten
yang lain.
Astaxanthin menunjukkan kesan aktiviti anti oksida yang amat
tinggi iaitu mencapai 1000 kali lebih tinggi daripada Vitamin
E (a-tocopherol) dalam menentang tindakbalas lipid peroxidation
(pengeluaran lipoperoxide) di sel mitochondria hati yang disebabkan
oleh iron bivalen.
Astaxanthin juga didapati mempunyai kekuatan lebih 100 kali
ganda daripada Vitamin E dan sepuluh kali ganda lebih daripada
beta-karoten dalam menentang oksidasi oksigen singlet radikal
bebas.
Oleh yang demikian bolehlah dibuat kesimpulan bahawa astaxanthin
adalah anti oksida yang kuat.
Apabila astaxanthin dimakan, kita akan memperoleh kesan tindakan
vitamin A serentak dengan kesan anti oksida seperti :-
Mengekalkan kenormalan fungsi mata, menghalang rabun malam, mata Ietih dan lain-lain
Memperkuat membran mucus, berkesan menghalang penyakit berjangkit
Menghalang kulit kering, kedut dan kendur dan anti penuaan (anti ageing)
Memastikan pertumbuhan gigi yang sempurna dan mengekalkan fungsi reproduktif
dan lain-lain
Walaupun aktiviti provitamin A yang terdapat pada astaxanthin
kurang jika dibandingkan dengan Vitamin A atau beta-karoten,
faedah yang terdapat di dalam vitamin A tetap diperolehi dengan
selamat tanpa perlu risau kesan negatif disebabkan pengambilan
vitamin A yang berlebihan seperti pening kepala, masalah hati,
masalah kulit dan sebagainya.
Astaxanthin jauh lebih berkesan daripada beta-karoten
dalam menghalang kanser dan metastasis.
Penginjesan astaxanthin amat berguna dalam menentang kanser.
Kajian yang dijalankan oleh Yishifumi Tomita, pembantu professor
di Fakulti Pertanian di Universiti Miyazaki telah mengesahkan
perkara ini. Kajian ini mendapati keupayaan astaxanthin menyekat
perkembangan sel kanser lebih baik daripada beta karoten.
Kebelakangan ini, tekanan (stress) telah dikenalpasti sebagai
salah satu daripada faktor risiko kanser. Hal ini disebabkan
tekanan menghasilkan jumlah oksigen aktif yang tinggi di dalam
tubuh badan. Ia juga menggalakkan penghasilan, pembiakkan
dan metastasis kanser. Kajian mendapati astaxanthin berupaya
mengawal proses ini.
Selain daripada penemuan yang telah dinyatakan di atas, penyelidikan
yang dijalankan oleh Profesor Hoyoku Nishino dari Universiti
Perubatan Prefectural mengesahkan bahawa astaxanthin juga
berkesan dalam menentang penularan kanser paru-paru, kulit
dan neuroblastoma.
Kajian ini juga mendapati risiko kanser kolon juga dapat
dikurangkan sehingga separuh dengan pengambilan astaxanthin
selama lapan bulan secara berterusan. Selain daripada itu
astaxanthin juga didapati berkesan menentang kanser jenis
lain seperti kanser mulut, hati dan payu dara.
Kesan penyakit diabetes amat menakutkan. Apabila insulin
iaitu sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankreas tidak
lagi berupaya menjalankan tugasnya dengan berkesan, tubuh
badan manusia tidak akan mampu menggunakan sepenuhnya gula
yang diambil melalui pemakanan. Hal ini akan menyebabkan kandungan
gula berkumpul di dalam darah dan akhirnya menyebabkan diabetes.
Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di
dalam darah meningkat dengan kroniknya dan kemudian gula mula
dikeluarkan daripada tubuh melalui air kencing iaitu kencing
manis.
Astaxanthin dapat mengawal diabetis dengan berkesan seperti:
a) Kandungan gula dalam darah telah dapat dikawal dan diseimbangkan
ke paras normal
b) Aktiviti enzim anti oksida dapat mengurangkan tekanan terhadap hati
c) Kuantiti lipopreroxide dapat dikurangkan (proses lipoperoxide berkurang)
d) Pengurangan kolesterol dan triglyserid di dalam darah (kurang merosakkan peredaran darah)
e) Katarak mata disebabkan kencing manis dapat dihalang dengan ketara.
b) Aktiviti enzim anti oksida dapat mengurangkan tekanan terhadap hati
c) Kuantiti lipopreroxide dapat dikurangkan (proses lipoperoxide berkurang)
d) Pengurangan kolesterol dan triglyserid di dalam darah (kurang merosakkan peredaran darah)
e) Katarak mata disebabkan kencing manis dapat dihalang dengan ketara.
Astaxanthin yang digabungkan dengan terapi diet mungkin berupaya
menentang perkembangan diabetes dengan lebih berkesan.
Radikal bebas oksigen aktif boleh mendatangkan mudarat kepada
kulit. Pendedahan kepada cahaya matahari yang keterlaluan
menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok hitam.
Ini disebabkan cahaya ultra ungu yang terdapat di dalam cahaya
matahari menghasilkan jumlah radikal bebas yang banyak pada
kulit dan boleh menyebabkan keradangan, kerosakan pada protein
yang menyokong kepejalan kulit dan mempercepatkan pengeluaran
pigmen melanin yang menyebabkan kulit menjadi bertompok hitam.
Peningkatan umur juga adalah faktor utama menyebabkan kulit
berkedut dan bertompok-tompok.
Adalah dipercayai bahawa astaxanthin yang dimakan setiap
hari akan membolehkan tubuh badan menyingkirkan radikal bebas
(oksigen singlet) yang dihasilkan oleh cahaya ultra ungu.
Selain daripada itu aktiviti provitamin A astaxanthin juga
dipercayai dapat melawan kedutan dan kulit mengendur dengan
berkesan.
Kesan kulit yang cantik ini juga boleh diperolehi jika astaxanthin
disapukan pada bahagian luar kulit. Pengumpulan pigmen yang
boleh menyebabkan tompokan hitam pada muka telah terhalang
apabila kulit disapukan dengan astaxanthin.
Dr. Azimuth dengan kerjasama
Biosaintis Jepun telah merumus formulasi produk-produk kesihatan
dan kecantikan yang mengandungi astaxanthin. Ini termasuklah
produk untuk kosmetik, penjagaan kesihatan dan lain-lain.
Perlindungan daripada cahaya matahari yang optimum dapat
dicapai apabila produk pelindung matahari yang disapukan pada
bahagian kulit digabungkan dengan pengambilan astaxanthin.
Astaxa Bioessence Dr. Azimuth dihasilkan dari microalga
Haematococcus Pluvialis di Hawaii. Ia menggunakan sistem
bioreactor tertutup. Sistem ini berkesan merangsang keadaan
yang optimum untuk penghasilan astaxanthin yang halal, berkualiti
tinggi dan meminimumkan risiko daripada dicemari.
Potensi dan kelebihan Astaxanthin:-
a. 550 kali lebih kuat berbanding Vitamin E
b. 40 kali Iebih kuat daripada Beta-Karoten
c. 17 kali Iebih baik daripada ekstrak biji anggur
d. Mempunyai aktiviti antiperoxidative membran yang kuat
e. Mengelakkan kerosakan DNA
t. Mengurangkan kesan penuaan
g. Menghindar dari penyakit kronik seperfi kanser, diabetes, sakit jantung dan lain-lain
b. 40 kali Iebih kuat daripada Beta-Karoten
c. 17 kali Iebih baik daripada ekstrak biji anggur
d. Mempunyai aktiviti antiperoxidative membran yang kuat
e. Mengelakkan kerosakan DNA
t. Mengurangkan kesan penuaan
g. Menghindar dari penyakit kronik seperfi kanser, diabetes, sakit jantung dan lain-lain
Tidak ada komentar:
Posting Komentar